August 15, 2009

Khasiat buah naga-dragon fruit


Nampak menggerunkan saja pokok ni , macam pokok berantu pulak. "Tangannya berduri dan banyak pulak tu. Memang gerun pokok ajaib ini, subhanallah. Maha suci Allah yang menjadikan berjenis2 pokok berbagai2 rupa. Ada yg menakutkan tapi bila keluar buahnya enah tak terhingga. Saya dah dua kali cuba tanam tapi tak menjadi. 3 bulan yg lalu saya cuba tanam dari benih yg di'impot' dari Ipoh,Sampai la ni seinci pun tak naik.


Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesehatan jantung; serat (mencegah kanker usus, kencing manis dan diet); karotin (kesehatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit), kalsium (menguatkan tulang).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mencegah demam badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg

“Penelitian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberikan efek mengurangi tekanan emosi dan menetralkan toksik dalam darah.“Penelitian juga menunjukkan buah ini bisa mencegah kanker usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam tubuh,” katanya.

** Nak tergelak tu bila mak saya tengok buah ni banyak di rumah en. Dol dia kata buah plastik. Memang pun nampak macam buah plastik/getah. Bila makan baru tahu ianya 'real'. Pokok ni rasanya tak rasi degnan saya , sebab tu tak menjadi atau memang ada rahsia menanamnya.

No comments: