Tengoklah sipu kat atas tu.. sikit punya tinggi dia panjat. Pokok betik tu dah 6' tingginya. Sanggup dia panjat. Tak hairanlah chili bangla saya dibahamnya. Kali ni saya tak bagi muka, terus saya bagi dia garam jantan... tergolek siputBukan niat nak bunuh tapi nak bagi 'pengajaran jer..:)
Betik ni lepas digigit musang hari tu, dia berbuah makin lebat.
Alah menanam menang makan kata pepatah baru. Tapi betik ni rupa sahaja cantik, tak manis langsung. Ada ke petua bagi betik jadi manis? di rumah kakak saya betiknya kontot tapi manis giler..saya dah ambil benihnya.
Yg saya perhatikan betik ni pantang dialih, dia tak mahu besar atau mati beragan. Jadi kenalah pastikan dari kecil di mana nak tanam betik.
No comments:
Post a Comment