April 25, 2009

Teh daun mulberi

Teh daun mulberi senang disediakan. saya sudah beberapa kali membuat teh daun mulberi. Caranya mudah. Petik daun2 mulberi yg sedehana tuanya. Daun muda tak dapat kering dan rangup. Bersihkan daun2 ini dengan cara membasuh dengan air mengalir, jika daun tidak diginggapi bena putih,tak perlu basuh sangat.Basuh sekadar untuk membuang kotoran & habuk sahaja. Jemur daun2 ini dibawah sinaran mentari. Boleh juga diletakkan di atas dashboard kereta. Bila agak kering (lepas 3 jam) balik2kan supaya daun yg kurang kena matahari dapat dikeringkan.


Ada kala daun perlu di keringkan selama 2 hari bergantung kepada cuaca.Bila daun2 kering dan kelihatan seperti rangup serta bertukar warna ke warna coklat, bolehlah diramas untuk mengecilkan daun tersebut .Buangkan bahagian tangkai2 yg keras. Selepas di ramas, daun2 perlu dimasukkan dalam bekas seperti caserol jika ingin di jemur lagi jika perlu. Bila sudah betul2 kering,simpan dalam bekas kedap udara.

Khasiat teh daun mulberi ialah untuk mengurangkan sakit darah tinggi dan kencing manis. Selain itu ia juga baik untuk sakit sendi. Cara minumnya ialah dengan merendamkan sesudu daun teh mulberi dengan air panas seperti teh biasa.Tak perlu dibubuh gula. Minum sekali atau dua kali sehari secara berterusan. Buat ujian darah untuk memastikan ada pengurangan pada penyakit.
Ini gambar pokok mulberi di rumah kakak saya di Ipoh. Gambar di ambil pada 25 april 2009. Dah besar bagap pokok ini yg bercabang dari bawah. Tak pulak di hinggap bena putih. Daunnya lebar2 dan berwarna hijau tua, daunnya lebih tebal dari mulberi saya di Kuantan.

6 comments:

  1. Kalau rajin skit cuba drykan daun malberi atas api kecil guna kuali. Saya buat macam org china buat teh hijau.Kira buat teh gorenglah Baunya akan lebih wangi..

    ReplyDelete
  2. oh yer ke?
    kira salai macam buat teh boh, saya cuma takut hanguss.... baru betul wangi.

    BTW TGF ni sapa yer...rajin beri pendangan. rerasa mcm kenal.

    ReplyDelete
  3. salam ummu waheedah,

    kakyong nak link blog ummu yer.. heheh. nak buat panduan utk pokok2 sutera ku yg baru berdaun... :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Lame tak jengah laman pokok ummu... Dah tukar template yer...

    Saya link kisah Mulberi di http://laman-seri.blogspot.com, tapi tak publish lagi...

    ReplyDelete
  5. Sy baru nak mencuba

    ReplyDelete