March 03, 2009

Ole-ole dari Terengganu


Hari sabtu yang lalu saya jadi 'tour guide' menemankan anak saudara yang datang sekeluarga bercuti 3 hari 2 malam. sambil bercuti di Kuantan mereka ingin pula ke Kuala Terengganu.Bagi saya sendiri,kali ini hanya menemankan mereka sahaja dan menunjuk jalan. Tak ada niat untuk membeli belah atau berkelah. Gambaran pasar payang sudah terpeta diminda saya. Jalan2 sekitar Kuala Terengganu pun sudah biasa.Cuma tumpang dah pergi ke sana, saya mencari acuan kueh goyang (kueh Ros) dan mebelek acuan apam balik RM35 sebuah).Seterusnya saya cuma menunggu di Surau Pasar Payang sementara tetamu saya membeli barang2 yang mereka berkenan.


Air nira.
Dalam perjalanan saya menceritakan tentang apa2 yang mungkin menarik minat mereka kecuali makanan.Cerita tentang barang2 tembaga, keropok,batik dan tempat peranginan yang pernah saya kunjungi.Antaranya saya ceritakan tentang air nira. Tiba di Pantai Batu buruk, kami nampak penjual air nira. Saya membelikan sebungkus yang harganya RM2. Saya pernah rasa 2 kali air nira, di Kuantan air nira ni rasanya sedap sikit, kurang masam. Tapi dada terasa ketat dan keras semacam. Sebab tu saya tak teringin nak rasa lagi. Tapi bagi yg belum pernah rasa eloklah rasa sekali.Anak sedara saya langsung tak berkenan tetapi isterinya boleh menghabiskan sebungkus. Lepas tu, dia pening lalat.

Air nira ni rasanya masam dan berbau macam tuak,tapi ia masih halal kerana tidak memabukkan. Bagi sesetengah orang amat suka air nira, ada ynag pening lalat , ada yang teras 'sebak' dada. Macam macam rasa lah.. nak tahu kenalah rasa,dah tau tak per. Agaknya pokok kelapa di rumah saya ni ada potensi menghasilkan nira tak?

Setelah pulang semula ke Kuantan, keesokan harinya kami berkelah di Sungai Mas, dekat Sungai Lembing. Di situlah baru saya tahu yang tetamu saya tu membeli sejenis buah yang saya sendiri tak pernah terfikir nak membelinya. Ini kerana saya melihat buahnya nampak pelik dan saya tak pernah bertanya itu buah apa. Saya pernah terkena dengan sejenis buah iaitu keranji. Penjual kata sedap, tapi rasa tak sedap. Jadi bila nampak buah pelik saya malas nak tanya.

Begitulah dengan buah asam jawa ni. Saya fikir ianya buah asam jawa yang biasa yg masam dibuat rencah makanan tertentu atau dibuat kuah. Saya tak ambil peduli sehinggalah tetamu saya makan buah ni depan saya. Budak kecil pun nampaknya suka.Lalu saya tanya apa rasanya. Tapi nak tahu kenalah rasa kan, dan saya pun merasa.Lepas sebiji , sebiji lagi , maknanya sedaplah. Rasanya masam dan manis. Kabarnya nama buah tu ialah asam jawa lemak manis.

Kebetulan di rumah saya memang sudah ditanam pokok asam jawa dari biji asam jawa yang dibeli di pasaraya. Saya pun tidak mensia-siakan biji asam jawa lemak manis, saya mencampakkan ke tanah dengan harapan ianya akan tumbuh dan menghasilkan buah asam jawa lemak manis yang boleh dimakan begitu saja.. macam roti gardenia.

Kesimpulannya, buah2an dan tumbuh2an yang dijadikan Allah subhanahuwata'ala ini semuanya ada khasiat.Mungkin ada yg beracun tetapi dengan ilmu dan pengalaman manusia tahu mengambil manfaatnya.Buah asam jawa lemak manis ini banyak dijual di sekitarKuala Terengganu dan Kota Bharu. Ada yg dijual sesudah diproses, ditambah gula dan lada dan dikeringkan. Tapi saya rasa yang segar dalam kulitnya itu lebih sedap.Sesuai untuk menghilangkan loya bagi mereka yang selalu pening dalam perjalanan.

4 comments:

  1. salam

    ni kak tipah kan? amboi cantik lah blog akak...sgguh hijau...tak tau pun selama ni akak suka sgt menanam. nani jmp blog akak dlm blog mertua terus link ke sini.

    ReplyDelete
  2. Yer la akak, tapai rosmawar ni sap la pulak...he he. nani mana, lupa dek ramai sgt peminat :)

    oh baru tau ker... lama dah cuma tak diblog kan shj. dulu2 minat juga, tapi masa tu pegang pen & pergi mesyuarat jer.. sekarang barulah ada masa nak membelek pokok.

    apa link blog mertua nani tu? blog tanaman gak ker..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak..sye nk kongsi serba sedikit tentang air nira yg akak sebut 2...sebenarnya air nira yg rasa masam 2 dah lama..xfresh...yg fresh rasa best..kt mana2 pon sama..cuma tempoh jgka hayat air 2...kalau nira kelapa dgn nira nipah 2 sye xtau ape beza..nira yg fresh nie manis dye xterkata..sedap...mana2 pokok kelapa sesuai..

    ReplyDelete
  4. susah nak dapat nira yg fresh....agaknya kena buar nira sendiri baru dapat yg fresh!

    ReplyDelete