February 17, 2009

anggur-Muscato de hamburgo



Anggur ini di beli dari en. Dol pada bulan ogos 2008. Setibanya di Kuantan dia masih dibiarkan dalam pasunya supaya dia bermesra dgn alam sekeliling yang agak panas di Kuantan. Daun2nya segar dan kelihatan bersaing dengan white malaga (dalam kenangan).

Kata en Dolms nama anggur ni Muscato de hamburgo (atau muscat hamburg). Asal dari Itali. Buahnya masak warna hitam. Rasa buah lebih manis dari isabela. Susah juga dia nak hidupkan masa mula-
mula dapat dulu. Sekarang ni nampak dah stabil. Saya seronok sangat tengok anggur ni dapat menyesuaikan diri di Kuantan.

Pertumbuhannya memuaskan, saya berikan baja gunung berapi sikit sahaja.Tengoklah gambar sebelah ni, cantik kan? Itu cerita bulan September 2009, kira sebulan di Kuantan.

Pertumbuhan anggur ni cepat. Masuk bulan kedua batangnya sudah memanjang ke 3 kaki daun makin banyak. Tiba pula masa untuk ditinggalkan selama 10 hari (bulan oktober) . Drip air sudah disediakan.. baja tak ditambah.
Balik dari out-station,pokok masih elok. Tak lama lepas tu saya laihkan ke tempat panas, pokok ni mula merajuk. Mungkin juga kerana dialih ke tempat panas.Seperti yg disaran oleh en dolm, saya cuba buang ranting2 yang banyak bercabang untuk memberikan lebih tenaga kepada dahan utama.

Keadaan semakin cemas bila dalam bulan November , daun2 anggur ni dimakan white flies. Saya terpaksa buang hampir semua daun2nya dan pindahkan ke kawasan depan rumah.

Anggur masih dibiarkan dalam pasu, bimbang untuk pindahkan ke tanah. Baja saya hentikan sekejab , takut daunnya semakin gugur kepanasan. Hanya air sahaja yg di siram.. lepas sebulan daun2 baru mula bertunas tetapi dahan utama terlalu kurus..lihat gambar2nya.

Ini gambar2 terkini Februari 2009. Kesiankan tengok anggur ni,lebih kurus dari tuannya... Nak bagi vitamin apa kasi gemuk sikit? dah sebulan tak berbaja tu.. takut kojol macam anggur white malaga.



Menunggu nasehat sifu anggur...

Sifu dah kasi nasehat. Dia suruh potong pokok tu pada ketinggian 1 kaki. Tapi saya yg was2, maklum pokok dah tinggi.

5 comments:

  1. Salam,
    Walaupun pokok u dah nampak macam tak mau hidup lagi sebenarnya u dah berjaya menjaganya dengan baik cuma masalahnya sekarang ialah pasu u terlalu kecil untuk menampung pembesaran pokok anggur tu seterusnya. Untuk menyelamatkan pokok anggur u, saya cadangkan u pangkas anggur tu pada paras 1 kaki dari tanah dan pindahkan anggur tu ke dalam bekas yang lebih besar. Insyaallah anggur tu akan hidup subur semula. Jangan lupa letakkan anggur tersebut ditempat yg dapat matahari yg secukupnya. Jika tak cukup matahari, daun anggur yg tumbuh akan menjadi lembut serta nipis dan senang dijangkiti kulat.

    ReplyDelete
  2. 10q dolms,

    Dulu pun ada u bag tips suruh potong 5-6 inci dari pangkal, saya yg ketar nak buat, takut tak tumbuh terus. Tu yg biar dia panjang tu.. sayang pulak nak buang daun2 yg dah elok,. Tapi kena ikut cakap sifu kan..:)

    T.kasih bunga melati la, lain kali tanya lagi...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni pokok tu dah segar semula , insyaAllah i akan snap gambarnya hari ni. I dah potong pada tahap 1' macam yg disyor dulu...sebulan lepas.

    La ni dan bercabang 2 dan ada cabang lain pula.. daunnya bagus .,Tapi dia subur dalam kereta bawa jalan2 makan angin ke KL...

    ReplyDelete