Gambar di sebelah tu di ambil pada 12 Julai 2008. Sudah banyak percambahan, dah ada 5 cabang dan pokok sudah setinggi 3 kaki.
Ini anggur yang saya tanam dari keratan batang. Keratan ini dibeli dari nerseri di Kuantan pada bulan januari 2008 dengan harga RM15. Gambar ini diambil pada bulan april 2008. Mula mula beli dulu hanya ada satu cabang.
Anggur ni tak tau la apa namanya. Beli kat nursery di Kuantan dia pun tak tau nama apa.Tapi katanya buah warna hijau.Agaknya AIC. Pada awalnya anggur ini sering kena serang ulat dan whiote flies menyebabkan pokoknya selalu demam.
Salam Pn Latifah, seronok juga baca blok u tentang pengalaman menjaga pokok anggor ni, pokok anggor saya dah setahun lebih, besarnya batang utama tu lebih kurang ibu jari kaki, saya mula buat pruning dua minggu lepas, nampaknya tempat yg dicantas tu dah keluar daun baru. tapi x dapat baja yg betul cuma tabur baja tahi kambing dgn urea, nampaknya kena cari baja macam latifah dapat tu le, tapi nak gi perak tu agak susah le sikit jadi kalau boleh dapat alamat pembakal tu mungkin saya boleh hubungi dia utk hantar dgn pos, saya tinggal di melaka.
ReplyDelete